Sunday, March 13, 2011

GHU.. SAING.. TEMAN..




Ghu.. Saeng.. Member.. Rakan..
semuanya sama je kalau dibandingkan maksud.
tapi sahabat.ish.ape benda sahabat ni?
Aku terus pegi kat pc bukak google search.
taip "sahabat" keluar..

Sahabat ialah:-

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

Baru-baru ni aku baru kehilangan salah seorang sahabat yang kamcing. satu kampung
satu sekolah.satu matrik. satu universiti. tapi aku uitm shah alam. Dia uitm p.pinang.
kluar dari matrik sama-sama.kantoi tak lepas matrik.bhahaha
pedih luka kite lalui bersama. sedih sama sedih. suka sama suka.

Pada tengahari 13.3.2011. "salam sorang sahabat sebaya kita telah meninggal
dunia akibat kemalangan lori dalam perjalanan ke uitm perak sejam saja lalu,
tolong sedakah al-fatihah". SMS dari sahabat sekolah aku.
Telefon terus jatuh terhempap tanah. Aku terus telefon member
matrik yang lain nak kompen benda ni. Kelam kabut dibuat nya. Last skali dapat tahu.
Arwah memang arwah. Kebetulan family ada kat KL.Aku bagitau kat mak.
Aku nak balik kampung nak tengok Arwah dikebumikan. Pagi tu terus gerak balik.
Tidur tak boleh. Terlintas dari hati. Kali terakhir menatap wajah Arwah.
Masa cuti pertengahan semester.Bumi berputar 24jam sekejap saja.
Hati tetap kata tidak.

Tak sempat tengok Arwah dikebumikan. Malam tu pergi Tahlil rumah Arwah.
Ni je Aku sempat sekadar untuk mengenang budi Arwah.
Allah sayangkan dia lebih. Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya.
AL-FATIHAH buat saudara Muhd Fakhrul bin Husin. Moga roh Arwah dicucuri rahmat.



Tiap kali tournement futsal ngan Geng SMKAWA.Suasana tidak seriuh-rendah
sejak arwah sudah tiada. Kawan-kawan lain banyak berubah sejak Arwah meninggal.
Tidak sama seperti dulu. Sejak tu. Aku rasa sedih hilangnya seorang sahabat handalan.
Bersyukur sahabat-sahabat lain masih hidup lagi.


No comments: